2026-07-06 HaiPress

Foto AFP
SAIPAN,6 Julai– Penduduk Pulau Rota,Kepulauan Mariana Utara,Amerika Syarikat melaporkan kejadian kerosakan besar selepas ‘Taufan Super Bavi’ membadai kawasan itu dengan angin kencang serta banjir yang melumpuhkan aktiviti harian.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurut pegawai tempatan,kira-kira 1,500 penduduk di pulau itu melaporkan pelbagai kerosakan termasuk rumah rosak,pokok tumbang serta gangguan komunikasi selepas beberapa menara telekomunikasi runtuh.
Beberapa kawasan berhampiran termasuk Guam,Tinian dan utara Saipan turut terjejas dengan angin kencang serta hujan lebat yang meningkatkan risiko banjir kilat.
Pihak berkuasa sebelum ini memberi amaran bahawa hentaman terus di Rota boleh menyebabkan sebahagian besar kawasan itu tidak lagi boleh didiami untuk tempoh panjang akibat kemusnahan teruk terhadap infrastruktur asas.
Walaupun ribut Bavi kini dilaporkan bergerak keluar dari kawasan tersebut,penilaian kerosakan masih diteruskan ketika operasi menyelamat dan pemulihan giat dijalankan.
Dalam perkembangan berkaitan,saintis memberi amaran bahawa peningkatan suhu laut serta fenomena El Nino berpotensi memperkuatkan ribut tropika pada masa akan datang,sekali gus meningkatkan risiko kejadian cuaca ekstrem di rantau Pasifik.-AFP
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur