2026-07-06 HaiPress

Foto BERNAMA
MARAN,6 Julai – Jaringan desa tidak boleh terhenti di sempadan negara,sebaliknya mesti berani berhubung dengan dunia luar untuk menjadi pemain ekonomi serantau.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berbangga melihat pembangunan desa yang lebih menyeluruh bukan hanya perubahan fizikal,malah lebih berdaya saing dan bersedia untuk memasuki pasaran masa hadapan.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berucap pada Majlis Sambutan Hari Pembangunan Luar Bandar Sedunia 2026 di Bandar Pusat Jengka di sini.
Beliau menambah,bagi merealisasikan hasrat tersebut dalam tempoh tiga tahun ini,RiSsMART dan IkonDesa telah membantu produk usahawan desa memasuki pasaran lebih luas.
“Melalui Desa Kirana pula,kementerian telah memperkukuh produk pelancongan desa supaya lebih terususun,berstruktur dan berdaya saing. Oleh itu,lebih 7,000 usahawan baharu telah diwujudkan di seluruh negara.
Sebanyak 15,000 peluang pekerjaan diwujudkan di samping mencatatkan nilai jualan lebih RM1.77 bilion,” jelasnya.
Beliau berkata,menerusi program ‘Gate to Global’,KKDW telah membawa produk desa ke pasaran luar negara dan telah mencatatkan transaksi jualan mencecah RM1.11 bilion sepanjang Rancangan Malaysia ke-12.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur