2026-07-07 HaiPress

Panglima Angkatan Tentera,Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman pada majlis pelancaran rasmi Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2027 (LIMA’27) di ibu negara / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,7 Julai – Operasi dan latihan di Kem Hobart,Kedah diteruskan seperti biasa meskipun kem berkenaan berdepan dua insiden ketika latihan yang mengorbankan dua anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dan mencederakan dua lagi anggota baru-baru ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Rasmi Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2027 (LIMA’27) di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC),di sini,hari ini.
Mengulas lanjut,Tan Sri Malek berkata,siasatan berhubung insiden berkenaan masih dijalankan dan sebarang dapatan hanya akan diumumkan selepas proses siasatan selesai.
Beliau turut memberi jaminan bahawa kebajikan keluarga anggota yang terkorban terus diberi perhatian,termasuk memastikan segala bantuan,faedah dan hak yang layak diterima disalurkan dengan sewajarnya.
Pada 16 Jun lalu,dua anggota TDM maut dalam insiden letupan bom tangan ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart,Kedah.
Susulan kejadian itu,satu Lembaga Siasatan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca insiden serta mengemukakan syor penambahbaikan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Pada 29 Jun lalu,dua lagi anggota TDM cedera di bahagian lutut selepas dipercayai terkena serpihan objek yang melenting akibat masalah teknikal ketika latihan menembak menggunakan senjata mesingan di kem yang sama.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur