2026-07-07 HaiPress

Foto FAIL
[b]GUAM[/b][b],7 Julai[/b] – Puluhan ribu penduduk di Guam dan Kepulauan Mariana Utara dilaporkan terputus bekalan elektrik pada Selasa selepas wilayah pasifik milik Amerika Syarikat (AS) itu dibadai taufan super.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Meskipun kemusnahan infrastruktur agak teruk,penduduk lega kerana tiada kemalangan jiwa berlaku,” demikian menurut Senator Rota,Donald M. Manglona.
“Pasukan penyelamat dan kru penyelenggaraan jalan raya kami masih berada di lapangan bagi membuka laluan. Ini penting supaya kenderaan kecemasan dapat keluar dan masuk,” ulas beliau sambil menambah bekalan air dan elektrik masih belum pulih.
Selain pulau Rota,pihak berkuasa mengesahkan bekalan elektrik turut terputus di Saipan dan Tinian iaitu dua pulau utama di Kepulauan Mariana Utara.
Situasi sama turut menjejaskan beberapa bahagian di pulau berhampiran,Guam,yang menempatkan pangkalan tentera udara serta laut utama negara terbabit.
Bagaimanapun,impak kerosakan di pulau berkenaan dilaporkan tidak seburuk berbanding bencana Taufan Super Sinkalu yang pernah melanda rantau terbabit pada April lalu.- AFP
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur