2026-07-08 HaiPress

Tangkap layar serangan udara tentera AS / Foto X CENTCOM
WASHINGTON,8 Julai – Tentera Amerika Syarikat (AS) mendakwa melancarkan serangan terhadap lebih 80 sasaran di Iran dalam operasi terbaharu yang dilakukan sebagai tindak balas terhadap serangan Tehran ke atas tiga kapal dagang di Selat Hormuz.
RINGKASAN BERITA AI
−
Kementerian Dalam Negeri Bahrain memaklumkan siren itu dibunyikan selepas ancaman keselamatan dikesan,namun tidak memberikan butiran lanjut mengenai punca amaran tersebut.
“Sirennya telah dibunyikan. Orang awam dan penduduk diminta bertenang serta menuju ke tempat selamat terdekat,” menurut kementerian itu yang dihantar menerusi platform X.
Sementara itu,tentera Kuwait berkata pihaknya sedang bertindak balas terhadap serangan peluru berpandu dan dron selepas Iran mengancam untuk melakukan tindakan balas susulan siri serangan AS.
“Pertahanan udara Kuwait kini sedang bertindak terhadap serangan peluru berpandu dan dron musuh,” kata tentera Kuwait dalam kenyataan yang juga menerusi platform X.
Tentera Kuwait bagaimanapun tidak menyatakan lokasi asal serangan itu. Menurut kenyataan sama,sebarang bunyi letupan yang didengar berpunca daripada sistem pertahanan udara yang memintas serangan tersebut.
Perkembangan terbaharu ini menambah kebimbangan bahawa konflik antara AS dan Iran boleh merebak ke negara-negara jiran di rantau Teluk,sekali gus memberi tekanan terhadap keselamatan laluan perkapalan dan bekalan tenaga global. – AFP
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur