2026-07-08 HaiPress

Menteri Pengangkutan,Anthony Loke/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,8 Julai – Pembangunan Pelabuhan Pulau Carey dijangka bakal menjadi pemangkin memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai sebuah hab maritim utama di rantau Asia Tenggara.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Jadi,ini merupakan satu perancangan jangka panjang yang sangat penting untuk negara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Pelabuhan ASEAN & Logisitik di ibu negara.
Anthony Loke turut memaklumkan pembangunan Pelabuhan Pulau Carey akan dilaksanakan secara berfasa dengan pengaplikasian teknologi pintar bagi meningkatkan kecekapan operasi.
“Kita akan mulakan projek ini tidak lama lagi dan dia akan mengambil beberapa fasa. Kalau keseluruhan fasa itu mengambil masa hampir 20 tahun untuk dibina.
“Ia akan melibatkan pelbagai fasa jadi sudah tentu satu projek mega seperti ini,dia tak boleh dibina sekaligus. Ada fasa-fasa dan melihat kepada permintaan dan juga kapasiti yang akan kita dapat tampung,” katanya.
Dalam sidang media sama,beliau memaklumkan Pelabuhan Klang merekodkan pengendalian 15.14 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) pada 2025,sekali gus berjaya mengekalkan kedudukannya dalam kelompok 10 pelabuhan kontena paling sibuk di dunia untuk tahun kedua berturut-turut.
Manakala,Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) pula mengendalikan 14.03 juta TEU dan merupakan terminal kontena tunggal pertama di Malaysia yang melepasi paras 14 juta TEU.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur