2026-07-09 HaiPress

Foto hiasan /RTM
KUALA LUMPUR,9 Julai – Keputusan kerajaan mengekalkan had umur persaraan wajib penjawat awam pada usia 60 tahun dilihat wajar,namun pelanjutan tempoh perkhidmatan bagi jawatan kritikal boleh dipertimbangkan berdasarkan keperluan semasa.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Jika melihat negara lain seperti Indonesia,profesor boleh berkhidmat sehingga usia 70 tahun,manakala Singapura dan banyak negara maju turut memberi perhatian kepada pelanjutan tempoh perkhidmatan bagi jawatan kritikal,” katanya kepada RTM.
Menurutnya,pelanjutan tempoh perkhidmatan juga boleh membantu memastikan kepakaran sedia ada terus dimanfaatkan,khususnya dalam bidang penyelidikan,penyeliaan pelajar doktor falsafah (PhD) dan pembangunan kepakaran negara.
Pada masa sama,faktor merit,tahap kesihatan serta kemampuan individu untuk terus menjalankan tugas perlu diambil kira sebelum sebarang pelanjutan tempoh perkhidmatan dipertimbangkan.
Sehubungan itu,beliau berpandangan kajian menyeluruh dan pengumpulan pandangan pelbagai pihak boleh dilaksanakan bagi menilai keperluan pelanjutan umur persaraan untuk jawatan tertentu pada masa hadapan.
Terdahulu,kerajaan memutuskan untuk mengekalkan had umur persaraan wajib penjawat awam pada usia 60 tahun.
Keputusan itu diumumkan Jurucakap Kerajaan Perpaduan,Datuk Fahmi Fadzil selepas mesyuarat Jemaah Menteri pada Selasa.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur