2026-07-09 HaiPress

Ketua Pesuruhjaya SPRM,Datuk Seri Abdul Halim Aman. Foto/Bernama
PUTRAJAYA,9 JULAI – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung dakwaan pemilikan dan pemindahan aset hartanah mewah bernilai kira-kira AS$13 juta di luar negara yang dipercayai mempunyai kaitan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
RINGKASAN BERITA AI
−
Siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan AMLATFAPUAA 2001,dengan tumpuan diberikan kepada usaha mengesan serta memulihkan aset bernilai tinggi yang dipercayai mempunyai kaitan dengan hasil aktiviti haram,termasuk dana 1MDB.
Sementara itu,Datuk Seri Abdul Halim mendedahkan,seramai 98 individu termasuk 87 pemilik syarikat dan 11 ejen ditahan SPRM dalam Op Daya,susulan dakwaan tuntutan palsu bagi mendapatkan insentif penggajian kerajaan.
Mereka ditahan selepas siasatan mendapati,beberapa syarikat dipercayai mengisytiharkan individu sebagai pekerja,sedangkan mereka tidak pernah bekerja dengan syarikat terbabit.
“Dari 81 kertas siasatan,kami telah merumuskan 69 kertas siasatan untuk disyorkan bagi dituduh di mahkamah,dan keduanya terdapat 6 kertas siasatan dibuka tertakluk tindakan tatakelola khususnya berkaitan prosedur pemulangan wang dan 5 kes dicadangkan NFA”,katanya dalam sidang media khas di sini.
Setakat 6 Julai,77 individu telah direman dan 724 individu dirakam percakapan bagi membantu siasatan.
SPRM turut membekukan 36 akaun bank syarikat bernilai RM463,076.92 serta menyita harta seperti emas,wang tunai dan lain-lain yang bernilai RM74,198.00
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur