2026-07-09 HaiPress

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar (tengah) dalam sidang media di Shah Alam. Foto/Bernama
SHAH ALAM,9 JULAI – Polis menumpaskan empat aktiviti pengedaran dadah jenis bunga ganja dengan rampasan keseluruhan bernilai RM13.34 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Kota Warisan,Sepang antara 29 Jun hingga 4 Julai lepas.
RINGKASAN BERITA AI
−
Polis juga menyita sebuah kenderaan bernilai RM20,000 dipercayai digunakan pasangan terbabit bagi aktiviti penghantaran dadah.
“Pada keesokannya (4 Julai),seorang lelaki dari Eropah berusia 27 tahun ditahan selepas polis merampas 68 bungkusan bunga ganja seberat 35.5 kg daripada dua bagasi dibawanya di KLIA,” katanya sambil menambah keseluruhan 166.2 kg bunga ganja dirampas dianggarkan bernilai RM13.34 juta.
Semakan mendapati tiga suspek tempatan itu memiliki rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah,sementara seorang wanita terlibat didapati positif amphetamine dan methamphetamine,manakala seorang lelaki tempatan positif THC.
Kesemua suspek kini direman antara tujuh hingga 14 hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-Bernama
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur