2026-07-10 HaiPress

Ketua Setiausaha Kementerian Luar,Tan Sri Amran Mohamed Zin mengetuai delegasi Malaysia selaku Pegawai Kanan ASEAN-Malaysia pada Dialog ASEAN-Republik Korea (ROK) Ke-30 di Seoul./ Wisma Putra
PUTRAJAYA,10 Julai – Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan Republik Korea (ROK) dalam bidang sains,teknologi dan inovasi (STI),khususnya bagi mempercepat penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang beretika,selamat dan terangkum di rantau ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
Selain itu,para pegawai kanan turut bertukar pandangan mengenai usaha memperluas kerjasama dalam bidang keselamatan,ekonomi dan sosiobudaya,termasuk memperkukuh daya tahan digital,industri kreatif serta kerjasama teknologi baharu.
Korea Selatan turut membentangkan hasrat untuk berkongsi kepakaran dalam AI dan menggalakkan pertumbuhan bersama dengan negara-negara ASEAN.
Mesyuarat itu juga membincangkan perkembangan semasa di peringkat serantau dan antarabangsa,termasuk situasi di Asia Barat,Myanmar,Semenanjung Korea serta isu keselamatan serantau.
Malaysia turut menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan ASEAN dengan rakan dialog,termasuk Korea Selatan,bagi memastikan rantau ini kekal aman,stabil dan berdaya tahan dalam mendepani cabaran geopolitik serta transformasi digital.
Hubungan ASEAN-Republik Korea dipertingkat kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada 2024,manakala Pelan Tindakan ASEAN-Republik Korea 2026–2030 menjadi panduan pelaksanaan kerjasama dalam tiga teras utama,iaitu politik dan keselamatan,ekonomi serta sosiobudaya bagi tempoh lima tahun akan datang.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur