2026-07-10 HaiPress

Wally Funk/AFP
WASHINGTON,10 Julai- Perintis penerbangan Amerika Syarikat (AS),Wally Funk meninggal dunia pada usia 87 tahun,menurut jurucakap bandar Grapevine di Texas pada Khamis,lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
RINGKASAN BERITA AI
−
“Kami berbesar hati dan rendah hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan beliau,” menurut syarikat itu.
Bekas juruterbang AS itu merupakan wanita pertama dilantik sebagai pemeriksa keselamatan penerbangan di Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB),selain menjadi tenaga pengajar wanita pertama di Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).
Pada 1960-an,beliau menamatkan program latihan untuk wanita yang berhasrat terbang ke angkasa lepas,namun tidak dipilih menyertai sebarang misi.
“Keazaman Wally Funk yang tidak pernah luntur membuktikan bahawa impian tidak mempunyai tarikh luput,” kata Ahli Majlis Bandaraya Grapevine Duff O’Dell,yang juga rakan rapat Funk,dalam kenyataan di Facebook.
O’Dell berkata pencapaian Funk menjadi kebanggaan Grapevine,sebuah bandar dengan populasi kira-kira 51,000 orang di kawasan Dallas. -BERNAMA-dpa
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur