2026-07-10 HaiPress

Foto Tourism Malaysia
KUALA LUMPUR,10 Julai – Lebih 40 hotel dan premis penginapan di sekitar Lembah Klang serta beberapa negeri menawarkan promosi penginapan eksklusif bersempena festival Citrawarna 2026 yang dijadual berlangsung di Dataran Merdeka dari 24 hingga 26 Julai ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Menerusi inisiatif gastronomi asli ini,para pengunjung berpeluang menikmati kepelbagaian hidangan tradisional yang kaya dengan keunikan warisan rasa yang tersendiri,” menurut kenyataan itu.
Tourism Malaysia berkata,kerjasama dengan pemain industri pelancongan mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan budaya bertaraf dunia.
Menurutnya,langkah itu bukan sahaja memperkayakan pengalaman pelawat,malah menyokong pertumbuhan pelancongan yang inklusif,memperkasakan komuniti setempat,meningkatkan daya tahan industri serta memacu pembangunan ekonomi mampan sepanjang Kempen Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).
Citrawarna 2026 yang bertemakan “Ritma Warisan,Nadi Nusa dan Bangsa” akan berlangsung selama tiga hari dengan menampilkan pelbagai persembahan seni,budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi Malaysia.
Festival itu dijangka menjadi platform kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa untuk menghayati kepelbagaian budaya serta identiti Malaysia melalui pelbagai persembahan yang mencerminkan kekayaan warisan negara.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur