2026-07-10 HaiPress

Foto fail BERNAMA
KUALA LUMPUR,10 Julai– Pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada pelajar baharu Tingkatan Enam disifatkan sebagai langkah tepat dalam membantu meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata,pemberian BAP itu dijangka menggalakkan lebih ramai lepasan SPM memilih Tingkatan Enam sebagai laluan prauniversiti.
Menurutnya,bantuan tersebut turut membantu pelajar baharu Tingkatan Enam membuat persediaan awal persekolahan.
Terdahulu,Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan seramai 52,810 pelajar baharu Tingkatan Enam di seluruh negara menerima BAP sebanyak RM150 seorang.
Agihan bantuan itu dilaksanakan bermula 28 Jun hingga 27 Julai,membabitkan pelajar yang mendaftar di 616 Pusat Tingkatan Enam (PTE) pada 8 Jun lalu.
Secara keseluruhan,96,013 pelajar Tingkatan Enam,termasuk pelajar baharu dan sedia ada,menerima BAP tahun ini dengan jumlah peruntukan RM14.4 juta.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur