2026-07-13 HaiPress

Foto AFP
WASHINGTON,13 Julai – Tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan gelombang serangan udara besar-besaran terbaharu ke atas puluhan sasaran di Iran pada Ahad,selepas pertempuran yang kembali tercetus di Selat Hormuz.
RINGKASAN BERITA AI
−
Agensi berita rasmi Iran,IRNA turut melaporkan letupan kuat berlaku di Bandar Abbas,Sirik,dan Jask,selain mengesahkan seorang anggota tentera terkorban dalam rangkaian operasi udara AS tersebut.
Di wilayah barat daya,bedilan AS dilaporkan mengenai sebuah stesen pengepaman air di bandar Mahshahr,mengakibatkan seorang mangsa terkorban manakala empat yang lain mengalami kecederaan.
Kementerian Luar Iran dalam satu kenyataan rasmi menegaskan bahawa serangan udara besar-besaran oleh tentera AS pada Ahad itu telah mengembalikan suasana tidak selamat di Selat Hormuz.
Rentetan insiden berkenaan,Menteri Luar Pakistan,Ishaq Dar,yang bertindak sebagai pengantara konflik tersebut,menggesa agar kedua-dua pihak meredakan konflik dengan segera dan kembali ke meja rundingan.
“Dialog dan diplomasi kekal sebagai satu-satunya jalan yang boleh dilaksanakan untuk menyelesaikan pertikaian dan mencapai keamanan yang berkekalan,” kata Dar.
Dalam pada itu,Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),Antonio Guterres turut menggesa keamanan diwujudkan dengan jurucakapnya menegaskan bahawa “serangan-serangan berkenaan mesti dihentikan segera”,ujarnya.- AFP
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur