2026-07-13 HaiPress

Foto BERNAMA
IPOH,13 Julai – Kelewatan pemeteraian perjanjian bekalan air Perak dan Pulau Pinang bukan berpunca daripada faktor politik,sebaliknya disebabkan permintaan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memperhalusi beberapa perkara.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak 2025 di Bangunan Perak Darul Ridzuan,Ipoh.
Tambahnya,butiran termasuk harga bekalan air belum boleh didedahkan selagi perjanjian belum dimuktamadkan,memandangkan ia melibatkan urusan perniagaan antara kedua-dua pihak.
Projek bekalan air Perak–Pulau Pinang merupakan inisiatif strategik yang melibatkan pembekalan air mentah dari Perak ke Pulau Pinang bagi memenuhi keperluan bekalan air jangka panjang,khususnya untuk sektor domestik dan perindustrian di wilayah utara.
Majlis berkenaan menyaksikan seramai 65 penerima daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,selain tujuh penerima daripada Pejabat Kewangan Negeri Perak dan buat julung kalinya,tiga penerima daripada Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur