2026-07-15 HaiPress

Aset peluru berpandu IRGC / Gambar fail REUTERS
TEHRAN,15 Julai – Iran mendakwa pihaknya telah melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas Bahrain pada Selasa dengan menyasarkan beberapa kemudahan yang dikaitkan dengan tentera Amerika Syarikat (AS),sekali gus mencetuskan amaran serangan udara di negara Teluk itu.
RINGKASAN BERITA AI
−
Serangan itu berlaku ketika konflik antara Washington dan Tehran terus memuncak selepas tentera AS melancarkan siri serangan terhadap sasaran di Iran serta menguatkuasakan semula sekatan laut ke atas pelabuhan negara berkenaan.
Presiden AS,Donald Trump turut mengancam untuk memperluaskan serangan dengan menyasarkan loji janakuasa dan jambatan di Iran sekiranya Tehran enggan kembali ke meja rundingan.
Perkembangan terbaharu itu turut mendorong Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) mengeluarkan amaran baharu kepada syarikat penerbangan supaya mengelakkan ruang udara Bahrain,Kuwait,Qatar,Emiriah Arab Bersatu dan Teluk Oman berikutan peningkatan risiko serangan peluru berpandu serta dron di rantau berkenaan. -AFP
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur