2026-07-15 HaiPress

Kapal di Selat Hormuz / Foto fail REUTERS
ISTANBUL,15 Julai – Televisyen kerajaan Iran pada awal Rabu melaporkan bahawa Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) dan pasukan Amerika Syarikat (AS) berbalas serangan di Selat Hormuz,lapor Anadolu Ajansi.
RINGKASAN BERITA AI
−
CENTCOM kemudian memaklumkan bahawa pasukan AS menyambung semula sekatan laut terhadap kapal yang belayar menuju dan keluar dari pelabuhan serta kawasan pesisir Iran.
Menurut CENTCOM,lebih 20 kapal perang Tentera Laut AS dan ratusan pesawat tentera beroperasi di seluruh Asia Barat,sambil menegaskan bahawa pasukan Amerika kekal “berwaspada,berkeupayaan menyerang dan bersiap siaga”.
Ketegangan antara AS dan Iran berhubung Selat Hormuz meningkat sejak beberapa hari kebelakangan ini,dengan kedua-dua pihak saling melancarkan serangan meskipun terdapat memorandum persefahaman bagi menamatkan konflik dan mencapai perjanjian damai berkekalan .- BERNAMA-ANADOLU
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur