2026-07-15 HaiPress

Pasca gempa bumi berkembar di Venezuela / Foto REUTERS
WASHINGTON,15 Julai – Angka korban akibat dua gempa bumi yang melanda Venezuela bulan lepas meningkat kepada 4,734 orang,kata Presiden Dewan Kebangsaan Jorge Rodriguez pada Selasa,lapor Anadolu Ajansi.
Rodriguez berkata seramai 16,740 orang turut cedera.
Beliau berkata pihak berkuasa telah menyalurkan bantuan kepada 128,324 keluarga serta membuka 107 pusat perlindungan sementara yang menempatkan 20,903 orang,manakala 17,907 lagi masih belum mempunyai tempat tinggal kekal.
Gempa bumi itu turut merosakkan 856 bangunan,termasuk 190 yang runtuh.
Dua gempa bumi berukuran 7.2 dan 7.5 pada skala Richter melanda negara Amerika Selatan itu pada 24 Jun. – BERNAMA-ANADOLU
RINGKASAN BERITA AI
−
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur