2026-07-15 HaiPress

Foto JAPEN
KUALA LUMPUR,15 Julai – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi SME Corp Malaysia melaksanakan pelbagai inisiatif berimpak tinggi,termasuk program Bumiputera Rapid Acceleration and Value Enhancement (BRAVE) bagi memperkukuh penyertaan usahawan Bumiputera dalam sektor pertumbuhan dan bernilai tinggi.
RINGKASAN BERITA AI
−
Datuk Mohamad menjawab soalan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) berkenaan pelan tindakan SME Corp untuk meningkatkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam sektor bernilai tinggi seperti teknologi digital,semikonduktor,tenaga boleh baharu,aeroangkasa dan ekonomi hijau serta sasaran yang ditetapkan menjelang 2030.
Menjawab soalan tambahan mengenai cabaran dihadapi usahawan mikro susulan ketidaktentuan ekonomi global dan kebanjiran produk import,beliau berkata kerajaan memperkenalkan Program Sinar di bawah SME Corp dengan peruntukan RM202 juta bagi membantu syarikat dan perusahaan yang terjejas.
KUSKOP akan terus memperluas peluang usahawan PMKS menembusi pasaran antarabangsa menerusi penyertaan dalam ekspo perdagangan global,termasuk memberikan tumpuan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak.
Kementerian juga sedang merancang program khas bagi membantu usahawan di kedua-dua negeri itu memanfaatkan peluang pasaran serantau,khususnya susulan pembangunan ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur