2026-07-15 HaiPress

Timbalan Menteri PETRA,Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad/Foto JaPEN
KUALA LUMPUR,15 Julai – Kementerian Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) sedang menilai potensi pembangunan program tenaga nuklear secara berperingkat menerusi Malaysia Programme Office for Power Electricity Reform Corporation.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Malah,kementerian akan memastikan jaminan bekalan tenaga kemampuan kos dan kelestarian alam sekitar terus dipelihara,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Ampang,Rodziah Ismail di Dewan Rakyat,hari ini.
Sementara itu,katanya,Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia telah mengenal pasti potensi penjanaan tenaga sebanyak 51.88 megawatt daripada sumber palm oil mill di Semenanjung.
Katanya,SEDA turut bekerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) melaksanakan kajian penilaian sumber geoterma di Ulu Slim,Perak.
“Bagaimanapun,berdasarkan hasil dapatan kajian tersebut,penggerudian eksplorasi perlu dilaksanakan bagi mengesahkan kapasiti sebenar dan kebolehlaksanaan pembangunan sumber geoterma di kawasan tersebut,” katanya.
Dalam pada itu,beliau menegaskan kerajaan sentiasa berusaha mempelbagaikan sumber tenaga alternatif rendah karbon.
Jelasnya,pendekatan itu bagi memastikan negara tidak bergantung kepada hanya satu sumber atau teknologi,sekali gus menjamin keselamatan bekalan tenaga pada harga yang kompetitif.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur