2026-07-15 HaiPress

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ketika menyantuni penduduk terjejas banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Tanjung Minyak 2,Isnin lalu./ Foto fail BERNAMA
AYER KEROH,15 Julai – Kerajaan Negeri Melaka meluluskan peruntukan segera sebanyak RM5 juta bagi melaksanakan kerja pemulihan dan pembaikan infrastruktur yang terjejas akibat banjir kilat di beberapa kawasan di negeri itu baru-baru ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
Peruntukan itu akan digunakan bagi kerja pembaikan tebing sungai,struktur kawalan banjir,jambatan,penyelenggaraan sistem saliran serta membaik pulih jalan yang rosak akibat banjir.
Sehingga kini,sebanyak lapan projek Rancangan Tebatan Banjir sedang dilaksanakan di Melaka dengan nilai keseluruhan RM1.456 bilion bagi memperkukuh sistem saliran serta meningkatkan daya tahan negeri terhadap impak perubahan iklim dan cuaca ekstrem.
Datuk Rais berkata,aspek perancangan bandar kini menjadi semakin penting berikutan perubahan iklim yang menyebabkan cuaca lebih ekstrem dan meningkatkan risiko banjir.
Dalam perkembangan sama,Kerajaan Negeri turut menerima kelulusan RM3 juta daripada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bagi kerja menaik taraf Kolam Takungan Banjir Paya Rumput yang dijangka bermula Ogos depan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur