2026-07-16 HaiPress

Datuk Indera Mohd Shahar Abdullah.
KUALA LUMPUR,16 Julai – Kementerian Ekonomi sedang meneliti kaedah baharu bagi memastikan golongan berpendapatan sederhana yang terkesan akibat peningkatan kos sara hidup tidak tercicir daripada bantuan kerajaan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Tegas beliau,bagi tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) 2026 hingga 2030,kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha menangani kos sara hidup melalui strategi meningkatkan pendapatan rakyat dan membendung kenaikan kos barangan serta perkhidmatan asas termasuk makanan,kesihatan,perumahan,pendidikan,utiliti dan pengangkutan awam.
Langkah itu bukan sahaja memberi manfaat kepada golongan rentan,malah turut membantu isi rumah M40.
Selain itu,pelbagai kementerian dan agensi akan terus memperluas program literasi kewangan,menggalakkan budaya simpanan mampan serta memperkukuh perlindungan sosial bagi memastikan isi rumah lebih bersedia menghadapi ketidaktentuan ekonomi dan menyokong pertumbuhan ekonomi yang inklusif serta berdaya tahan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur