2026-07-16 HaiPress

Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR,16 Julai – Lebih 700 reruai dengan kira-kira 70 peratus penyertaan syarikat antarabangsa menyertai Pameran Jentera Antarabangsa Malaysia (MIMF) ke-37,sekali gus memperkukuh peranannya sebagai platform memperluas pasaran serta kerjasama industri.
RINGKASAN BERITA AI
−
Pameran itu turut menampilkan enam segmen utama iaitu ‘My-PLAS’,‘My-Pack Pro’,‘My-Print & Labelling’,‘Smart Tech’,‘My-Bakery’ dan ‘LED-Light & Sign’.
“Kalau kita hanya menjadi juara kampung,kita tidak akan ke mana. Kita perlu menjadi juara dunia dalam memasarkan produk dan MIMF menyediakan pentas untuk usahawan mengembangkan produk mereka ke pasaran antarabangsa,” katanya lagi.
Sementara itu,Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM),Datuk Seri Abu Hasan Mohd Nor berkata,MIMF menyediakan platform strategik kepada PMKS memasarkan produk ke peringkat global tanpa perlu menanggung kos tinggi menyertai pameran di luar negara.
“Kehadiran syarikat,pelabur dan pembeli antarabangsa di bawah satu bumbung membolehkan usahawan tempatan memperluas rangkaian perniagaan,selain memperkenalkan produk serta inovasi mereka kepada pasaran global.
“Kita membuka peluang kepada usahawan tempatan menembusi pasaran luar negara melalui MIMF. Mereka tidak lagi perlu ke China kerana syarikat dari negara itu hadir ke sini untuk melihat sendiri teknologi pembungkusan dan inovasi yang dipamerkan,” katanya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur