2026-07-18 HaiPress

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Perancangan Strategik) Kementerian Perpaduan Negara,Mohamad Sobri Mat Daud (dua dari kanan)
KUALA LUMPUR,18 Julai – Seni destar dan hiasan kepala bukan sekadar pelengkap busana tradisional,malah menjadi simbol identiti,sejarah dan warisan budaya pelbagai etnik di Malaysia yang perlu terus dipelihara serta diwarisi oleh generasi akan datang.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Kita mempunyai perbezaan dari segi agama,bahasa dan budaya,namun perbezaan itu perlu dihormati dan diraikan agar kita dapat hidup dalam suasana yang harmoni,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Pesona Destar 2026 di Muzium Negara,hari ini.
Program anjuran Jabatan Muzium Malaysia dengan kerjasama Muzium Etnologi Dunia Melayu itu menampilkan 10 koleksi destar dan hiasan kepala daripada masyarakat Melayu serta pelbagai etnik di Sabah dan Sarawak.
Selain pameran,program berkenaan turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti berteraskan warisan budaya,termasuk persembahan kebudayaan,pertandingan lipatan destar,demonstrasi seni hiasan kepala dan sesi perkongsian ilmu mengenai sejarah serta signifikan pemakaian destar dalam masyarakat.
Program Pesona Destar merupakan antara inisiatif Kementerian Perpaduan Negara untuk memperkasa pemeliharaan warisan budaya,di samping meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menghargai kepelbagaian budaya sebagai asas kepada perpaduan dan identiti negara.
Abdul Rahman dikenang sebagai pemimpin yang bertimbang rasa, penyayang
Pelaburan dalam Putrajaya Perdana heret TH dalam urus niaga 1MDB, rugi RM145.3 juta
Kewangan TH: Lima amaran BNM sejak 2014 tidak diendahkan
Agihan keuntungan tinggi TH satu ketidakpatuhan ketara – Dr. Zulkifli
‘Bailout’ RM10 bilion untuk pulihkan kewangan TH, bukan ambil alih aset – Dr. Zulkifli
Bonus TH kini tertakluk kepada prestasi kewangan, KPI dan kelulusan menteri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur