2026-07-20 HaiPress

Laluan kapal di Selat Hormuz / Foto fail
KUALA LUMPUR,20 Julai– Empat pendekatan utama digerakkan bagi melindungi kebajikan rakyat dan memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan susulan konflik geopolitik yang kembali memuncak di Asia Barat.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurut Datuk Mohd Shahar,konflik yang kembali tercetus di Asia Barat sejak 8 Julai lalu telah meningkatkan harga minyak dunia,sekali gus menambah risiko kenaikan kos input pengeluaran.
Katanya,kerajaan sedang memantau rapi perkembangan itu kerana berpotensi memberi tekanan kepada kos pengeluaran industri dan harga barangan sekiranya konflik berlarutan.
Bagi menstabilkan bekalan dan harga,kerajaan turut memperkukuh kerjasama strategik dengan Australia dalam kesinambungan bekalan tenaga dan input pertanian.
Pada masa sama,memperluas kerjasama dengan Rusia dalam sektor tenaga,teknologi serta perdagangan.
“Kerajaan juga menyediakan sokongan kepada firma dan industri melalui Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS (SME SRF) berjumlah RM5 bilion.
Kerajaan turut memperkukuh daya tahan ekonomi dengan mempercepat Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR),Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030),Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) dan Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030,” ujarnya lagi.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur