2026-07-21 HaiPress

Foto Reuters
COLOMBO,21 Julai – Sebanyak 53 kematian dan 76,044 jangkitan denggi direkodkan di Sri Lanka sejak Januari lalu,dengan lebih 18,000 kes dilaporkan dalam tempoh dua minggu pertama bulan ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Pihak hospital terpaksa menambah katil,menukar fungsi wad dan melanjutkan waktu bertugas doktor serta jururawat bagi menangani pertambahan pesakit,” katanya di Negombo,antara kawasan paling teruk terjejas.
Hospital daerah tempat Dias bertugas merawat hampir 1,800 pesakit sejak Jun,berbanding kira-kira 1,050 pesakit sepanjang 2025.
Denggi lazimnya menyebabkan demam panas,sakit badan dan hilang selera makan,namun Sri Lanka masih belum memperkenalkan vaksin bagi penyakit itu.
Dalam usaha menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk,dron milik tentera udara digunakan untuk mengesan takungan air di atas bumbung selepas hujan.
Kementerian Kesihatan memaklumkan hampir 11,000 lokasi pembiakan nyamuk dibersihkan bulan ini,manakala denda dikenakan terhadap lebih 4,000 premis.
Pegawai kesihatan menjangkakan jumlah jangkitan akan berkurangan apabila hujan monsun reda pada Ogos. – REUTERS
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur