2026-07-22 HaiPress

Setiausaha Pertahanan AS,Pete Hegseth ketika memberi keterangan pada pendengaran Jawatankuasa Peruntukan Senat AS / Foto AFP
WASHINGTON,22 Julai – Kos perang Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran meningkat kepada AS$37.5 bilion (kira-kira RM176 bilion) setakat ini,kata Setiausaha Pertahanan AS,Pete Hegseth.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Mengapa kerajaan meminta rakyat Amerika menanggung kos perang yang tidak disokong mereka,sedangkan Pentagon masih mempunyai kuasa untuk menggunakan dana yang belum dibelanjakan?” soalnya.
Hegseth menjelaskan dana berkenaan telah diperuntukkan bagi keutamaan lain pentadbiran Presiden Donald Trump,termasuk pembangunan sistem pertahanan peluru berpandu “Golden Dome for America”,senjata hipersonik dan pelaburan dalam sistem persenjataan lain.
Beliau turut mengesahkan permohonan pembiayaan tambahan itu tidak termasuk kos membaik pulih pangkalan tentera AS di Asia Barat yang rosak akibat konflik.
Dalam pada itu,ahli-ahli Kongres daripada kedua-dua parti terus mendesak pentadbiran Trump menjelaskan strategi jangka panjang AS untuk menamatkan konflik di Asia Barat.
Senator Republikan,John Kennedy berkata,Kongres memerlukan penjelasan yang lebih telus,termasuk mengenai kemungkinan yang akan berlaku sekiranya AS berundur dari Selat Hormuz.
Bagaimanapun,Hegseth dan Caine tidak memberikan penjelasan terperinci,termasuk mengenai kemungkinan Iran mengenakan bayaran terhadap kapal yang melalui laluan strategik itu. – AFP
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur