2026-07-23 HaiPress

Foto REUTERS
[b]ROM,23 Julai[/b] — Kebakaran hutan besar-besaran terus merebak dan memusnahkan sebahagian kawasan di selatan Perancis,Itali dan Sepanyol pada Rabu.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sementara itu,pihak berkuasa tempatan di wilayah jiran,Calabria,mendakwa lebih 160 insiden kebakaran di kawasan mereka berpunca daripada perbuatan khianat oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Di Perancis,dua anggota bomba terkorban pada Selasa ketika memadam kebakaran berhampiran Lapangan Terbang Bordeaux.
Pihak kesatuan bomba kini memberi amaran bahawa para petugas berdepan kelesuan dan kekurangan sumber kelengkapan.
Kebakaran di wilayah Gironde telah memusnahkan lebih 1,400 hektar hutan tebal di kawasan Arcachon Basin.
Lebih 4,600 penduduk dan pelancong termasuk 3,000 pengunjung tapak perkhemahan di Le Porge diarah berpindah sebagai langkah berwaspada.
“Kami sedang berdepan dengan kawasan padat pokok pinus. Kebakaran ini amat luar biasa,” kata Pegawai Bomba Wilfried Schneider.
Di Sepanyol,pihak berkuasa mengarahkan pemindahan penduduk di beberapa daerah sekitar bandar bersejarah Toledo,kira-kira 75 kilometer di selatan Madrid,selepas api yang marak mengancam kawasan perumahan.- AFP
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur