2026-07-23 HaiPress

Foto HIASAN
TEHRAN,23 Julai — Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) pada Khamis mengumumkan bahawa telah menghalang tiga kapal tangki minyak daripada melalui Selat Hormuz.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Tentera Laut IRGC menegaskan bahawa Selat Hormuz berada di bawah kawalan kami,mana-mana kapal yang berhasrat untuk melaluinya tanpa koordinasi dengan Republik Islam Iran bakal menerima nasib yang sama,” tambah kenyataan itu lagi.
Selat Hormuz merupakan antara laluan terpenting dunia bagi eksport minyak dan gas asli cecair (LNG) serta sebarang gangguan terhadap laluan ini berisiko berlakunya lonjakan harga tenaga global secara mendadak.
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini,Iran dilapor melepaskan serangan ke atas kapal-kapal tangki yang menggunakan laluan berhampiran pesisir pantai Oman berkenaan.
Langkah itu dipercayai bagi mendesak kapal perkapalan menggunakan laluan perairan wilayahnya dan membayar yuran laluan selamat.- AFP
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur