2026-07-23 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,23 Julai – Belanjawan 2027 yang dijadual dibentangkan pada awal Oktober depan kekal berteraskan kerangka Malaysia MADANI dengan penekanan kepada nilai moral dalam tadbir urus dan pembangunan negara.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Belanjawan,pertumbuhan ekonomi,dasar ekonomi,strategi semikonduktor,peralihan tenaga dan transformasi digital tidak boleh mengabaikan usaha kita mengembalikan nilai dan tujuan moral dalam tadbir urus dan pembangunan.
“Ia bukan sekadar slogan untuk dipaparkan pada kain rentang,sebaliknya perlu diterjemahkan menerusi dasar,institusi dan tingkah laku,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Wacana Global Ekonomi Kemanusiaan (HEGD) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Menurut beliau,prinsip tersebut perlu dizahirkan menerusi pelaksanaan dasar yang memacu pembangunan negara secara menyeluruh,berintegriti dan berpaksikan nilai serta tujuan moral.
Tambah beliau,pembangunan negara perlu digerakkan secara seimbang dengan mengambil kira kepentingan generasi masa depan serta memastikan kemajuan yang dicapai memberi manfaat kepada seluruh masyarakat.
“Kemampanan bermaksud kita tidak mewariskan beban alam sekitar dan sosial kepada generasi akan datang. Inovasi pula mesti memperkasa keupayaan insan,bukannya melebarkan jurang atau menyebabkan lebih ramai pihak terus terpinggir,” katanya lagi.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur