2026-07-23 HaiPress

Adly Zahari/ Foto: Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR,23 Julai- Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan diperluaskan ke 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mulai tahun hadapan dijangka melibatkan lebih 190,000 pelajar secara berperingkat.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Sebelum diperluaskan ke institusi pengajian tinggi swasta,kerajaan perlu menilai keberkesanan modul,pencapaian objektif,maklum balas peserta dan institusi,selain kesiapsiagaan prasarana,tenaga pengajar serta keupayaan pelaksanaannya secara mampan.
“Buat masa ini,keutamaan diberikan kepada institusi pengajian tinggi awam,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan di Dewan Rakyat,hari ini.
Adly berkata pelaksanaan PLKN 3.0 dibuat secara berfasa dengan mengambil kira kapasiti infrastruktur,tenaga pengajar dan keperluan latihan.
Beliau berkata modul latihan ditetapkan merangkumi 30 peratus komponen kenegaraan,30 peratus kepimpinan dan 40 peratus elemen ketenteraan bagi memastikan objektif program dapat dicapai.
Terdahulu,Dr. Awang Sariyan meminta Kementerian Pertahanan menjelaskan perancangan serta langkah penyelarasan pelaksanaan PLKN 3.0 di institusi pengajian tinggi termasuk unjuran bagi memastikan program itu dapat diperluaskan ke semua kategori institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur