2026-07-23 HaiPress

Datuk Seri Fadillah Yusof / RTM
PASIR MAS,23 Julai- Kerajaan menyasarkan peningkatan kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) kepada 35 peratus menjelang 2030 dan 70 peratus pada 2050 sebagai langkah memperkukuh agenda peralihan tenaga negara.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Ini untuk mengelakkan bukan sahaja bekalan daripada terjejas,tetapi supaya rakyat terlibat bersama dalam memastikan keterjaminan bekalan tenaga kita,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Projek Solar Berskala Besar di Serongga,di sini,hari ini.
Mengulas projek berkenaan,Datuk Seri Fadillah berkata pembangunan solar berskala besar itu membuktikan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan,Kerajaan Negeri Kelantan dan sektor swasta dalam mempercepatkan agenda peralihan tenaga negara.
Katanya,selain menyumbang kepada bekalan elektrik negara,projek itu dijangka mewujudkan peluang pekerjaan,merangsang ekonomi setempat,memperkukuh pembangunan industri sokongan serta memberi manfaat kepada komuniti di Pasir Mas dan Kelantan.
Beliau turut menggalakkan orang ramai memanfaatkan Program Peralihan Tenaga Solar Diperkukuhkan (Solar ATAP) yang disediakan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menerusi pemasangan panel solar di bumbung rumah,masjid,rumah ibadat dan premis komersial bagi meningkatkan penggunaan tenaga bersih di seluruh negara.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur