2026-07-24 HaiPress

Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) mengeluarkan rakaman terbaharu memaparkan serangan tepat terhadap sasaran ketenteraan Iran./ REUTERS
WASHINGTON,24 Julai – Tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan satu lagi siri serangan terhadap sasaran ketenteraan Iran pada pukul 6.45 petang waktu Timur (ET) hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam hantaran di media sosial pada Khamis,Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) memaklumkan serangan itu merupakan malam ke-13 berturut-turut,yang bertujuan memastikan Iran dipertanggungjawabkan selain mengurangkan ancaman Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) terhadap perkapalan komersial.
Presiden AS,Donald Trump,baru-baru ini mengumumkan peningkatan operasi ketenteraan terhadap Iran susulan kematian lebih ramai anggota perkhidmatan AS.
Pada Khamis,Trump turut memberi amaran bahawa Iran dan sekutunya,kumpulan Houthi,akan berdepan “hukuman ketenteraan yang besar” selepas pejuang Houthi menyerang dua kapal tangki minyak Arab Saudi di Laut Merah,sekali gus memperluaskan konflik di Asia Barat ke satu lagi laluan perkapalan utama dunia.- REUTERS
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur