2026-07-24 HaiPress

Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN di Manila berakhir semalam./AFP
MANILA,24 Julai – Menteri-menteri Luar ASEAN menggesa kebebasan pelayaran di selat-selat antarabangsa dikekalkan ketika menutup Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Manila,susulan kebimbangan terhadap gangguan bekalan tenaga akibat konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran.
RINGKASAN BERITA AI
−
Walaupun ASEAN mengulangi komitmen memperkukuh kerjasama tenaga serantau,tiada perkembangan baharu diumumkan mengenai pelaksanaan inisiatif seperti grid tenaga serantau atau mekanisme perkongsian bekalan bahan api.
Sementara itu,Menteri Hal Ehwal Luar Filipina,Theresa Lazaro,berkata ASEAN dan China masih beriltizam memuktamadkan Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan sebelum penghujung tahun ini.
Beliau berkata,kedua-dua pihak mempunyai iltizam politik untuk menyelesaikan rundingan berhubung kod berkenaan meskipun ketegangan di Laut China Selatan terus berlaku.
Bagaimanapun,beberapa jam sebelum mesyuarat berakhir,Pengawal Pantai Filipina mendakwa kapal Pengawal Pantai China menggunakan meriam air dan melakukan manuver berbahaya bagi menghalang kapal Filipina menghantar bantuan kepada nelayan berhampiran terumbu yang menjadi pertikaian.
China pula memaklumkan pihaknya mengambil “langkah yang perlu” untuk mengusir kapal Filipina yang didakwa memasuki perairan wilayahnya.- REUTERS
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur