2026-07-24 HaiPress

Setiausaha Luar Filipina Ma. Theresa Lazaro./AFP
MANILA,24 Julai – Penyertaan semula pemimpin Myanmar dalam mesyuarat rasmi ASEAN “masih jauh” dan dijangka tidak berlaku pada 2026 atau ketika Singapura mempengerusikan blok itu tahun depan.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Perkara itu mungkin belum berlaku,tetapi kita akan melihat sejauh mana pematuhan yang dapat mereka tunjukkan,” kata beliau.
Bagaimanapun,Lazaro berkata ASEAN akan terus bersabar dan menilai sebarang kemajuan yang mampu dicapai Myanmar dalam pelaksanaan 5PC.
“Sekiranya terdapat pematuhan,keadaan akan berubah.
“Isunya bukan sama ada terdapat negara yang tidak mahu Myanmar kembali menduduki kerusinya,tetapi benar-benar bergantung pada pematuhan terhadap 5PC,” katanya.
Mengenai bantuan kemanusiaan,Lazaro mengesahkan beliau akan mengetuai delegasi ke Myanmar pada suku keempat 2026,termasuk mengunjungi beberapa kawasan yang dikuasai pertubuhan etnik.
“Matlamat utama misi ini adalah untuk mendekati komuniti rentan di Myanmar.
“Sudah tentu,kebenaran akan dimohon daripada kerajaan dan perkara itu akan menunjukkan sejauh mana kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan kami,” kata beliau.
Menurut Lazaro,misi itu akan diselaraskan dengan Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan ASEAN (AHA Centre) yang berpangkalan di Jakarta serta beberapa pertubuhan kemanusiaan antarabangsa,termasuk Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,Médecins Sans Frontières dan Program Makanan Sedunia. – BERNAMA-PNA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur