2026-07-24 HaiPress

Pasukan kecemasan menjalankan operasi menyelamat selepas serangan Rusia pada Khamis. Rusia melancarkan serangan ke atas Dnipro,Kherson,Sumy,Kharkiv dan Odesa./ REUTERS
MOSCOW,24 Julai – Rusia mendakwa berjaya menguasai sepenuhnya penempatan Belitskoye di wilayah Donetsk dalam tempoh 24 jam lalu,selain melancarkan serangan ke atas kemudahan pelabuhan dan sasaran ketenteraan Ukraine.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurut Staf Am Angkatan Tentera Ukraine,sebanyak 261 pertempuran direkodkan di sepanjang barisan hadapan dalam tempoh 24 jam lalu,dengan tenteranya berjaya menangkis beberapa serangan Rusia serta melancarkan serangan balas ke atas kawasan tumpuan tentera dan sasaran ketenteraan Moscow.
Tentera Udara Ukraine pula memaklumkan Rusia melancarkan serangan menggunakan peluru berpandu dan lebih 100 dron,namun sebahagian besar ancaman itu berjaya dipintas oleh sistem pertahanan udara negara berkenaan.
Sementara itu,di luar medan perang,Menteri Luar Rusia,Sergei Lavrov mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat,Marco Rubio di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Filipina,pada Khamis.
Menurut Kementerian Luar Rusia,Lavrov menegaskan kepada Rubio bahawa Moscow menganggap bekalan senjata berterusan Barat kepada Ukraine sebagai “tidak boleh diterima.”
Beliau pada masa sama mengulangi pendirian Rusia bahawa negara itu kekal bersedia mencari penyelesaian konflik Ukraine melalui saluran politik dan diplomatik.
Setakat ini,dakwaan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak tidak dapat disahkan secara bebas.- REUTERS
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur