2026-07-27 HaiPress

Foto RTM
PUTRAJAYA,27 Julai – Cadangan pindaan Akta Penjara yang memperuntukkan perlindungan kepada pegawai penjara yang melaksanakan tugas mengikut lunas undang-undang dan bukan bertujuan memberikan kekebalan kepada mereka.
RINGKASAN BERITA AI
−
Walaupun hukuman tersebut dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan,termasuk kehadiran doktor,pegawai terbabit tetap berdepan tindakan undang-undang apabila prospek berkenaan meninggal dunia.
Selain itu,katanya,terdapat juga kes melibatkan prospek yang meninggal dunia ketika tidur dengan laporan perubatan mengesahkan tiada unsur jenayah namun pegawai penjara masih disaman walaupun mereka hanya menjalankan tugas mengikut prosedur.
Datuk Seri Saifuddin turut menjelaskan bahawa cadangan pindaan itu tidak akan menghalang siasatan terhadap sebarang salah laku yang dilakukan mereka.
Menurutnya,peruntukan perlindungan seperti itu bukan sesuatu yang baharu kerana banyak akta lain di negara ini turut mempunyai peruntukan yang sama bagi melindungi penjawat awam yang menjalankan tugas mengikut prosedur.
Sehubungan itu,KDN akan meneruskan sesi libat urus bersama semua pemegang taruh bagi memberi penjelasan lanjut mengenai cadangan pindaan tersebut sebelum ia dibentangkan semula.
KDN sebelum ini menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Penjara (Pindaan) 2026 bagi membolehkan penelitian lanjut dibuat oleh Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Parlimen.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur