2026-07-27 HaiPress

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Datuk Mohamad Alamin pada sesi soal jawab lisan sempena Mesyuarat Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,27 Julai – Sebanyak RM570.5 juta pembiayaan diluluskan kepada 32,042 usahawan dan koperasi di Sabah menerusi agensi pembiayaan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
RINGKASAN BERITA AI
−
Selain itu katanya,Bank Rakyat meluluskan pembiayaan sebanyak RM208.6 juta kepada 172 usahawan dan koperasi,manakala SME Bank menyediakan pembiayaan RM105 juta kepada 77 usahawan.
SME Corp. Malaysia pula meluluskan pembiayaan RM3.2 juta kepada 172 usahawan,sementara Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) meluluskan pembiayaan RM4.7 juta kepada tujuh koperasi di Sabah bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.
Dalam pada itu,Datuk Mohamad berkata,portal Hebatkan Perniagaan Malaysia (HPM) 2026 memudahkan usahawan di Sabah dan seluruh negara mendapatkan maklumat berkaitan pembiayaan serta mengemukakan permohonan secara dalam talian.
Beliau berkata,Karnival HPM yang dianjurkan di Sabah turut menjadi platform sehenti kepada usahawan mendapatkan khidmat nasihat,memohon pembiayaan serta meneroka peluang pemasaran dan jaringan perniagaan.
Menurutnya,Hab PMKS Sabah yang ditubuhkan SME Corp. pada Julai 2025 turut berfungsi sebagai pusat sehenti bagi membantu perusahaan mikro,kecil dan sederhana (PMKS) mendapatkan khidmat nasihat serta akses kepada pelbagai bantuan kerajaan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur