2026-07-28 HaiPress

Iran menegaskan masih menguasai laluan Selat Hormuz.
LONDON,28 Julai – Harga minyak mentah dunia merosot dengan ketara pada Isnin susulan penghentian sementara serangan balas antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran,sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur terhadap prospek rundingan damai di Asia Barat.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurutnya,keadaan tersebut dijangka menyukarkan harga minyak Brent untuk turun di bawah paras AS$85 setong dalam tempoh terdekat.
Sementara itu,penganalisis Trade Nation,David Morrison berkata,pelabur berharap perkembangan itu menjadi petanda kepada penyambungan semula rundingan damai antara AS dan Iran.
Perkembangan tersebut turut meredakan kebimbangan terhadap tekanan inflasi global serta kemungkinan kenaikan kadar faedah dalam masa terdekat,sekali gus membantu kebanyakan pasaran saham dunia ditutup lebih tinggi.
Di Eropah,indeks utama di Frankfurt meningkat satu peratus,manakala London dan Paris turut mencatatkan kenaikan.
Di Asia,pasaran saham Tokyo,Seoul,Hong Kong dan Shanghai juga ditutup tinggi.
Bagaimanapun,sentimen positif di Wall Street tidak kekal lama apabila saham-saham teknologi kembali mengalami tekanan,termasuk Nvidia yang susut lebih lima peratus.
Dalam pada itu,pelabur kini memberi tumpuan kepada mesyuarat dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) pada Rabu dan Bank of England pada Khamis,yang dijangka mengekalkan kadar faedah semasa.
Pasaran turut menantikan laporan pendapatan syarikat-syarikat teknologi utama termasuk Microsoft,Meta,Apple dan Amazon,yang dijangka memberi petunjuk mengenai prospek pertumbuhan sektor teknologi global. – AFP
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur