2026-07-28 HaiPress

Seorang kelasi A.S. sedang bertugas mengawasi keadaan di atas kapal USS Frank E. Petersen Jr. (DDG 121) semasa kapal itu melakukan rondaan di Laut Arab bagi menyokong sekatan A.S. terhadap Iran / Foto CENTCOM
HAMILTON,28 Julai – Sebanyak 17 kapal komersial diarah mengubah haluan,manakala dua kapal dilumpuhkan dan dua lagi dinaiki tentera Amerika Syarikat (AS) dalam operasi penguatkuasaan sekatan maritim terhadap Iran,menurut Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM),lapor Anadolu Ajansi.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menerusi hantaran di platform media sosial X,CENTCOM berkata tindakan itu dilaksanakan bagi memastikan pematuhan sepanjang operasi di Laut Arab.
CENTCOM turut berkongsi gambar menunjukkan seorang kelasi AS berkawal di atas kapal pemusnah peluru berpandu USS Frank E. Petersen Jr. (DDG 121) ketika kapal itu melakukan rondaan di Laut Arab bagi menyokong pelaksanaan sekatan berkenaan.
Markas itu tidak mendedahkan identiti kapal terbabit atau memberikan butiran lanjut mengenai tindakan penguatkuasaan berkenaan. – BERNAMA-ANADOLU
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur