2026-07-28 HaiPress

Jurucakap Kementerian Luar Iran,Esmaeil Baqaei / Foto AFP
TEHRAN,28 Julai – Iran menegaskan tiada rundingan sedang berlangsung dengan Amerika Syarikat (AS) dan sebarang usaha memulakan semula dialog bergantung kepada perubahan sikap Washington terhadap Tehran.
RINGKASAN BERITA AI
−
Baqaei mengakui mungkin terdapat pihak pengantara yang menyampaikan mesej antara kedua-dua negara,namun menegaskan bahawa tiada rundingan sedang berlangsung ketika ini.
Mengulas syarat untuk memulakan rundingan,beliau berkata,AS perlu terlebih dahulu menunjukkan sikap yang lebih bertanggungjawab.
Beliau turut menuduh Washington bertindak “seperti kumpulan mafia” sejak dua tahun lalu dengan mengabaikan undang-undang antarabangsa.
“Selagi tingkah laku itu berterusan,kami tidak melihat suasana yang kondusif untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi rundingan,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan,jurucakap tentera Iran,Amir Mohammad Akraminia,pada Ahad berkata,AS telah menghentikan serangan terhadap Iran sejak dua hari lalu,manakala “operasi balas” oleh Iran juga telah dihentikan.
Laporan berita pada Sabtu pula mendakwa Presiden AS,Donald Trump,mengarahkan tentera negara itu menghentikan sebarang serangan baharu ke atas Iran,sekali gus menamatkan hampir dua minggu serangan harian.
Hubungan antara AS dan Iran terus tegang sejak beberapa minggu kebelakangan ini susulan siri serangan Washington ke atas Iran yang dibalas Tehran dengan menyasarkan kemudahan serta aset ketenteraan AS di beberapa negara di rantau Asia Barat. – AFP
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur