2026-07-29 HaiPress

Gambar hiasan RTM
KUALA LUMPUR,29 Julai – Pembangunan statistik rasmi negara akan diperkukuh menerusi penghasilan indikator yang lebih terperinci bagi memberikan gambaran lebih tepat mengenai keadaan sebenar isi rumah.
RINGKASAN BERITA AI
−
Senator Azahar meminta penjelasan mengenai penilaian kementerian terhadap jurang antara data inflasi rasmi dengan pengalaman sebenar pengguna,serta perancangan membangunkan indeks kos sara hidup mengikut kumpulan pendapatan dan wilayah.
Mengulas lanjut,Mohd Shahar memaklumkan berdasarkan pencapaian Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Jun 2026,kadar inflasi negara kekal terkawal pada 1.9 peratus berbanding 2.0 peratus pada Mei 2026.
Menurut beliau,kadar itu dipengaruhi terutamanya oleh pertumbuhan lebih perlahan dalam kumpulan pengangkutan yang merekodkan 2.8 peratus berbanding 3.8 peratus pada bulan sebelumnya,manakala kumpulan makanan dan minuman yang mempunyai wajaran terbesar kekal stabil pada 1.4 peratus.
Bagaimanapun,beliau menegaskan walaupun kadar inflasi rasmi merupakan petunjuk penting dalam menilai perubahan harga,indikator itu perlu dilihat bersama indikator lain bagi memberikan gambaran yang lebih menyeluruh.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur