2026-07-29 HaiPress

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Marhamah Rosli/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,29 Julai – Jabatan Wakaf,Zakat dan Haji (JAWHAR) terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh pembangunan serta tadbir urus wakaf negara sejak penubuhannya pada 27 Mac 2004.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Selain itu,yayasan turut menyediakan pelbagai garis panduan dan manual tadbir urus wakaf,termasuk berkaitan istibdal,pengurusan tanah wakaf dan wakaf muakkad,bagi menyeragamkan amalan pengurusan wakaf di seluruh negara,” katanya ketika menjawab soalan dikemukakan Senator Baharuddin Ahmad di Dewan Negara hari ini.
Tambah beliau,dalam usaha memperluas penyertaan masyarakat dalam amalan berwakaf,kerajaan turut memperkenalkan Pekeliling Am Jabatan Perdana Menteri Bilangan 1 Tahun 2020 yang membolehkan penjawat awam menyalurkan sumbangan wakaf tunai secara sukarela menerusi potongan gaji.
Beliau berkata,usaha memperkukuh promosi wakaf terus diperkasa menerusi kerjasama strategik bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN),agensi kerajaan,institusi pendidikan dan sektor swasta,termasuk penganjuran Bulan Wakaf Kebangsaan serta program Zakat and Wakaf Run.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur