2026-08-06 HaiPress

Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),Kolonel (PA) Effendy Ali (tengah) menyerahkan sijil kepada peserta KASPA / Foto RTM
LABUAN,6 Ogos – Program Perkhemahan Ujian Kenaikan Pangkat Pegawai Waran Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KASPA) bukan sahaja menguji keupayaan fizikal dan kemahiran kadet,malah menjadi medium membentuk semangat kesukarelawanan serta budaya saling membantu dalam kalangan generasi muda.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurut Effendy,sepanjang program,peserta dinilai menerusi pelbagai komponen termasuk kawad kaki,ikatan dan simpulan,pertolongan cemas,melawan kebakaran,menyelamat,pengurusan kecemasan serta ujian teori dan praktikal bagi memenuhi syarat kenaikan pangkat Pegawai Waran KASPA.
Beliau berkata,APM turut merancang untuk memperluaskan program serta meningkatkan latihan dan pendedahan kepada kadet KASPA bagi melahirkan lebih ramai anggota pelapis yang berkemahiran dalam pengurusan bencana dan operasi menyelamat.
Turut hadir,Pengarah APM Wilayah Persekutuan,Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah dan Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Bakat Murid,Jabatan Pendidikan Labuan,Mohd Fadzli Sheikh Abdul Rahim.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur