2026-08-06 HaiPress

Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri (kanan) /Foto BERNAMA
CHERAS,6 Ogos –Pendekatan kepolisan komuniti di kawasan sempadan terus menjadi antara strategi utama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memperkukuh kawalan keselamatan negara.
RINGKASAN BERITA AI
−
Katanya,PDRM kini mempunyai 181 pos PGA di seluruh negara meliputi Semenanjung,Sabah dan Sarawak.
Menurut beliau,pendekatan itu membolehkan penduduk berasa lebih selesa dengan kehadiran pihak berkuasa sekali gus terdorong menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan dan jenayah yang berlaku di kawasan mereka.
Datuk Seri Mohd Yusri berkata,maklumat daripada komuniti terbukti menjadi antara sumber risikan penting dalam membantu PDRM mengesan kegiatan jenayah rentas sempadan.
“Alhamdulillah,masyarakat banyak membantu. Kita ada statistik mengenai maklumat dan kerjasama yang diberikan sehingga membawa kepada tangkapan PATI serta kegiatan penyeludupan barang-barang kontraban,” katanya.
Beliau berkata,antara barangan yang sering cuba diseludup ialah petrol,diesel,beras,tepung dan gas petroleum cecair (LPG),yang bukan sahaja menyebabkan ketirisan hasil negara malah menjejaskan bekalan barangan kawalan kepada rakyat.
Dalam masa sama,beliau berkata PDRM akan terus memperkukuh kerjasama dengan agensi keselamatan Thailand dan Indonesia melalui operasi bersama,rondaan bersepadu serta perkongsian risikan,di samping meningkatkan penggunaan teknologi seperti dron dan kecerdasan buatan (AI) bagi mempertingkat keberkesanan kawalan di kawasan sempadan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur