2026-08-07 HaiPress

Jasad Ahmad Al Hafiz Asri Ahmad Kamarulzaman,19 tahun,ditemukan pada jarak kira-kira 10 meter dari lokasi mangsa dilaporkan mandi dan hilang
DUNGUN,6 Ogos – Seorang pelajar sebuah kolej ditemukan lemas selepas mandi bersama sekumpulan rakannya di Sungai Loh,Kampung Jongok Batu,Hulu Dungun,di sini petang tadi.
RINGKASAN BERITA AI
−
Rakan mangsa yang menyedari kejadian itu bertindak segera menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar AlMukhtafi Billah Shah bersama polis bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.42 petang.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dilakukan di kawasan tebing serta permukaan air di sekitar kawasan mangsa dilaporkan lemas.
Mayat mangsa kemudiannya ditemukan timbul di permukaan air kira-kira 5.15 minit petang tadi dan dibawa naik ke daratan oleh pasukan SAR dan penduduk Kampung Jongok Batu.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur