2026-08-07 HaiPress

Peserta dan penganjur Blue School Malaysia Marine Camp 2026. / Foto UMT
KUALA NERUS,7 Ogos – Seramai 200 pelajar sekolah di Terengganu mendapat pendedahan secara langsung mengenai ekosistem marin,biodiversiti dan kepentingan memelihara sumber laut menerusi Blue School Malaysia Marine Camp 2026.
RINGKASAN BERITA AI
−
Pengarah program yang juga Penyelaras Kebangsaan Blue School Malaysia,Dr Afiq Durrani Mohd Fahmi berkata,pendekatan lapangan mampu membentuk kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar terhadap kelestarian sumber marin.
“Blue School memberi peluang kepada murid untuk belajar bersama alam,bukan sekadar tentang alam.
“Apabila mereka turun ke lapangan,memerhati ekosistem pantai,mengenali biodiversiti marin dan memahami cabaran sebenar yang dihadapi lautan,mereka bukan sahaja memperoleh ilmu,malah membina rasa tanggungjawab terhadap pemeliharaan sumber laut,” katanya.
Menurut beliau,pembudayaan literasi lautan perlu dimulakan sejak bangku sekolah memandangkan Malaysia mempunyai hubungan rapat dengan laut dari aspek ekonomi,keterjaminan makanan,biodiversiti dan kesejahteraan masyarakat.
Program itu turut menghubungkan pendidikan,penyelidikan,komuniti dan tindakan praktikal bagi mendorong pelajar menjadi ejen perubahan dalam agenda kelestarian marin serta pembangunan Ekonomi Biru negara.
Blue School Malaysia diterajui UMT selaku penyelaras kebangsaan di bawah UNESCO-IOC Blue School Global Network yang menggalakkan penerapan literasi lautan menerusi pembelajaran rentas disiplin,aktiviti lapangan dan penglibatan komuniti.
Sebagai universiti berfokus marin,UMT menyumbang kepakaran dalam bidang sains marin,oseanografi,biodiversiti,perikanan dan konservasi.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur