2026-08-07 HaiPress

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir / Foto RTM
SERI MENANTI,7 Ogos – Kesemua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Negeri Sembilan yang baharu dilantik diingatkan supaya tidak sesekali menyalahguna kuasa khususnya melibatkan keputusan berkaitan pemberian tender atau projek kerajaan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Tuanku Muhriz dalam titahnya turut mengingatkan bahawa rakyat meletakkan harapan tinggi terhadap kerajaan negeri.
Justeru titah Baginda,setiap dasar dan perancangan perlu dilaksanakan secara cekap,telus serta berkesan.
“Kejayaan sesebuah kerajaan bukan hanya diukur menerusi perancangan yang baik sebaliknya melalui keupayaan menyampaikan hasil yang benar-benar dapat dirasai rakyat,” titah Baginda lagi.
Selain itu,Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan turut bertitah supaya kecemerlangan pentadbiran terdahulu dalam menarik pelaburan berkualiti,meningkatkan hasil negeri serta mewujudkan peluang ekonomi dan pekerjaan diteruskan serta dipertingkatkan.
Terdahulu,seramai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Negeri Sembilan mengangkat sumpah jawatan hari ini bagi melengkapkan barisan pentadbiran kerajaan negeri.
Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah berlangsung di hadapan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir,di Istana Besar Seri Menanti,di sini.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur