2026-08-10 HaiPress

Hamas
ISTANBUL,9 Ogos – Hamas pada Ahad menegaskan semula komitmennya terhadap pelan tindakan yang dipersetujui bersama pihak pengantara dan Lembaga Keamanan bagi melengkapkan pelaksanaan fasa kedua pelan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk Gaza,lapor Anadolu Ajansi.
RINGKASAN BERITA AI
−
Kumpulan itu memaklumkan bahawa ia akan terus terlibat secara “positif dan bertanggungjawab” terhadap usaha untuk melengkapkan pelaksanaan perjanjian,menamatkan penderitaan rakyat Palestin di Gaza serta “melindungi hak dan kepentingan nasional” mereka.
Terdahulu pada Ahad,Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menolak pelan 15 perkara yang diluluskan Lembaga Keamanan bagi Gaza dan menegaskan bahawa tentera Israel tidak akan berundur dari wilayah Palestin itu selagi Hamas belum dilucutkan senjata.- BERNAMA-ANADOLU
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur