2026-08-10 HaiPress

Menteri Ekonomi,Akmal Nasrullah Mohd Nasir/Foto BERNAMA
GEORGE TOWN,10 Ogos – Kementerian Ekonomi kini sedang menjalankan proses saringan terhadap cadangan peruntukan pembangunan yang dikemukakan oleh pelbagai kementerian dan agensi sebagai persediaan merangka Belanjawan 2027.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata kementerian turut memastikan perancangan yang digariskan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) diambil kira dalam penyediaan peruntukan pembangunan 2027,khususnya dari segi keupayaan kerajaan melaksanakan agenda pembangunan yang telah dirancang.
“Sebahagiannya telah diluluskan dalam RP1 (Rolling Plan 1) tetapi untuk RP2,sudah pasti ada beberapa perkara dari segi keperluan sama ada infrastruktur,dana atau bagaimana pembangunan kerajaan dapat dipercepat ke arah industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) yang dicadangkan,” katanya.
Beliau berkata secara keseluruhannya,perancangan pembangunan bagi 2027 akan memberi penekanan kepada usaha memperkasakan pelaksanaan RMK13.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur